Earth Hour 2011: It's time to go beyond the hour

Friday, November 13, 2009

2012.. Disaster or New Era


2012: Mungkinkah akan berlaku kemusnahan dunia pada 2012? Antara persoalan yang membelenggu akhir2 ni. Semalam (12 November 2009) filem 2012 dah ditayangkan kat panggung. Sebenarnye dua tiga bulan sudah saya ade download dokumentari tentang 2012 ni. Bile tgk rase insaf. Tapi bimbang jugak kalau-kalau terpesong akidah disebabkan banyak maklumat tentang doomsday ni. Lepas tgk dokumentari tu terus delete. Malas nk simpan.

Hari ni dari pagi (selepas menyelesaikan urusan kerja) asyik meng'Google' tentang '2012'. Melompat dari satu forum ke forum lain, blog ke blog, dan akhirnya ke laman web NASA.

Kalendar kaum Maya (kaum yang bijak pandai dalam bidang matematik dan astronomi) berakhir pada 21 Disember 2012. Ada beberapa ramalan (kaum lain) yang menyatakan dunia akan kiamat pada tahun 2012. Setakat mana kebenarannya, hanya Tuhan yang tahu.

Planet X/Planet Nibiru/Planet Merah. Ada pulak post yang menyatakan pada tahun 2012 planet Nibiru akan lalu berdekatan dengan orbit bumi dan akan menyebabkan berlakunya malapetaka pada bumi. Namun setelah membaca artikel 2012 – A Scientific Reality Check dan 2012: Beginning of the End or Why the World Won't End? kesimpulannya janganlah terlalu percaya pada rumours2 yang tersebar kat internet.

Apapun, amalkanlah doa ni, moga dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan segala malapetaka.


No comments:

Post a Comment