Earth Hour 2011: It's time to go beyond the hour

Saturday, November 14, 2009

Doa mengelakkan malapetaka (ayat penggerak)

Satu doa yang saya hafal dan amalkan setiap, doa yang mudah dan ringkas, namun banyak manfaat jika diamalkan setiap hari.

Doa yang saya maksudkan ialah seperti yang terdapat dalam sabda Rasulullah s.a.w. berikut;


Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan sepanjang hari tersebut.Tapi selalunya saya baca masa nak kunci pintu rumah, nak keluar dari rumah, nak drive pergi dan balik kerja dan masa nak cari parking. InsyaAllah selamat dari segala kemudaratan dan dipermudahkan segala urusan.

Saya mula tau doa ni masa tahun 2005 dulu, masa nak ambil test JPJ, ma saya (mak) suruh amalkan doa ni supaya dipermudahkan urusan. Mase test tu, dahla masa nak test naik bukit, tersilap masuk gear 3, x dapat naik, percubaan ke 3 baru masuk gear 1 dan selamat. Mase test kat jalanraya hampir-hampir tak lulus, tapi agaknye sebab tak berhenti baca doa ni, pegawai JPJ tu lembut hati bagi lulus.
Kalau nak pergi interview pun saya akan baca doa ni banyak kali. Mudah dapat keje. Serius ni..cubelah..

Kat bawah ni doa yang selalu saya amalkan:


Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya.

Antara manfaat yang kita perolehi dgn amalkan doa ini:
• Terhindar Daripada Bahaya
• Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
• Terhindar Daripada Sihir
• Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

No comments:

Post a Comment