Earth Hour 2011: It's time to go beyond the hour

Saturday, November 21, 2009

Seketika bersama Mr Google

di malam sabtu...amat bosan malam ini. tadi lepas makan hampir-hampir accident. macam-macam masalah melanda. dahla tengah tensyen tak dapat balik raya. tapi takpela, saya prefer tak balik kalau raya kat tempat lain. bosan yang amat. rindunye kat ma, ayah, adik-adik semua. tapi kalau raye kat situ, buatpe. dulu tu lah tempat bermain, tempat jatuh, tempat mandi-manda, tempat cari etok, tapi semua dah jd kenangan.

raye ni tak dapat nak apply cuti, sebab isnin 30hb ade miting penting. so, minggu sebelum raye tu, confirm cuti dibekukan. takpela, balik lepas raye je la. balik kampung sdiri, rumah sendiri lagi best.. lagipun kat dungun boleh makan seafood puas-puas. boleh beli sotong besar, ketam, udang..ikan fresh dari laut..rindunye...rindu bau udara laut..

sambil melayan kebosanan, teringat kat sepupu-sepupu yang dah bertahun tak berhubung apatah lagi jumpe. tiba-tiba terfikir nak menGoogle. akhirnya terjumpa blog hamidah, asmad, hamdi, atikah, wife abang mie jauh di benua lain..abang mie dan wife accident tgh tahun haritu. mujur selamat. bila bace blog hamidah dan atikah, kagum sangat. beza betul haluan hidup kita. saya hanya insan biasa tak seperti mereka. moga Allah melindungi dan merahmati mereka.

pastu Google name onie lak, terjumpa kat list temuduga PPTM F29 kat Kuala Terengganu. temuduganya dah lepas pun.21 oktober. hehe..apepun gudLuck..lame x jumpe onie, dah 4 tahun lebih kot..

ade gak google kak liza, tapi terjumpa facebook orang lain, nama sama. pastu dah malas dah nak cari..lain kali la pulak sambung menGoogle cousin-cousin..

buat cousin-cousin ku, walau saya tak rapat dengan kamu, mungkin agak sombong, tapi saya ambil tahu tentang kamu, sekadar untuk mengetahui perkembangan. biarlah saya jadi silent reader..(bukan nak menyibuk macam sesetengah orang tu, siap pasang spy lagi..menyakitkan hati betul. now masih hantar spy kejar saya lagi ke?pegi spy anak sendiri lagi baik maaa.....)

Salam rindu daripada saya. Di sini saya mengambil kesempatan memohon maaf andai terlajak kata tersilap bicara pada kamu semua.

**ayat skema amat dalam post ini..hehee...


No comments:

Post a Comment