Earth Hour 2011: It's time to go beyond the hour

Thursday, December 31, 2009

A perfect HOME

Impian di tahun baru 2010

nak lengkapkan rumah, siap ltk gambar ni kat wallpaper laptop.



impian lain, RAHSIA

moga Allah makbulkan.

Its end of the year 2009

Dalam kesibukan kerja tak perasan hari ini dah 31 Disember 2009. Hari terakhir untuk tahun ni.. dalam setahun ni banyak perubahan dalam hidup..

1. Januari
- Bekerja di M****B, amat tertekan. keje melambak, gaji kecik giler. Tiap-tiap hari kerja berulang ke risda n kklw. dah start apply keje baru. main apply je ape-ape kerja.

2. February
- Hantar notis berhenti pada 10 Ferruari 2009, jam 12 malam.
- Panggilan daripada company-company bertubi2 untuk set interview. Antaranya Cosmopoint, Sedania, Infusion, Universe Digital Library, ____ Plantation, anak syarikat Genting, company kat ampang, kat cheras, kat subang, kat cyberjaya (banyak sgt, lupe nama).
- Cermin mata boleh lentur kesayangan patah. Claim tak masuk-masuk. Akhirnya ade gak rezeki untuk buat cermin mata baru. Warna maroon.
- Tiap2 hari busy dgn kerja n slps kerja n weekend g interview.
- End of February badan dah mule sakit2, tiap2 hari duk dlm peti sejuk*, mane tak beku.

3. Mac
- Awal bulan march, satu hari dr pg hingga ptg duk dlm bilik sejuk beku*, blik kje terus demam panas (mula-mula suspect denggi). lepas 3 hari demam dah kebah, tp masih pening dan rase tak stabil, asyik muntah-muntah.
- Minggu kedua masih muntah dan pening, kepala berdenyut-denyut. tak pasti kepala berdenyut sebab demam ke atau sbb terhantuk dinding masa demam.
- Minggu ke-3 masih lagi pening dan sakit-sakit badan. terpaksa berurut satu badan. sakit kepala berkurang. Last-last housemate tlg lumurkan air asam kat kepala..alhamdulillah menjadi, sakit kepala terus hilang lps 3 hari.
- Dalam pening dan MC, sempat lagi pergi interview kat company-company yang panggil.

4. April
- akhirnya usaha tak sia-sia, 5 company call untuk masuk bekerja. setelah berfikir panjang, decide to join ITV-SMG team. based at upm-mtdc. best kerja sini.

5. Mei
- masih di ITV. dah tak buat programming sgt, byk buat keje design n animation.
- balik terengganu for umieRos n umieSal wedding. blik rumah, g pasar gn adik2 beli n makan seafood byk2.
- kembali ke KT, jalan2 sambil snap gambar. banyak perubahan kat terengganu. sempat amik gambar stadium sultan mizan 3 hari sebelum runtuh. (kalau runtuh pada mase tu, saya jadi saksi..hehe..)

6. Jun
- tak ingat.

7. Julai
- my family datang ke sini, duk 3 hari kat rumah. hantar suha kt melaka, jalan-jalan kat melaka. baby hanif asik tanye knp umah kaklong xde sofa, knp kene duk atas lantai.

8. Ogos
- myMoto asik buat hal, asik hang.

9. September
- gi melaka, amik suha accident, 7 jam di hospital serdang, xray.mujur xde pape.
- start melanggan celcom broadband.
- hantar suha
- hantar 2 weeks notice kat ITV.
- gi amik suha kat melaka.
- tukar tayar kereta. dapat seekor siputih comel.
- balik raya kat dungun, balik berdua je dgn suha. ana dan din dah balik awal-awal. bertolak jam 6.30 pagi, sampai kat rumah jam 11.30 pagi. shopping baju raya, majlis berbuka n tahlil kat surau Tok.
- beraya kat dungun dan duyong.
- balik ke KL gn suha din n juju, hantar suha kat melaka, gi ke opis ambil barang-barang n jumpa kawan-kawan. sedih nak tinggalkan ITV.
- mendaftar kerja di tempat baru. jumpa aydae.

10. Oktober
- dapat penempatan. sama ngan aydae. kerja okey, tapi dah lari bidang kerja. lain amat.
- kekadang tensyen, kekadang suka gak kerja ni.

11. November
- dah mula sibuk dengan kerja. kadang-kadang free je.
- myMoto dah makin pening, dan selalu pitam. kadang-kadang koma.
- raya haji kat rumah mamiha.

12. Disember
- balik kampung seminggu. memerap kat rumah layan adik-adikku yang nakal.
- aik..tiba-tiba kene buat sistem pulak..takpela..asah balik otak yang dah nak tumpul..hehe..
- sibuk dengan kursus
- bergelumang dengan huruf-huruf dan nombor..naik juling mata ini..
- myMoto kekadang lumpuh dan koma.
- akhirnya memiliki myTube. wifi dan agps/gps. happy nye rasa.
- dalam bergelumang ngan data-data, jam 6 ptg, bkemas nak balik tetiba teringat, eh..hari ni dah 31 haribulan..cepatnya..alamakkk..dah makin tua.. say bubye to laila, pn hanim n kakjun.
- drive balik..
- ooppsss..jangan lupe..tanamkan AZAM baru.. a new year, a new life, a new environment.. hopefully all my(our) wishes come true. amin..