Earth Hour 2011: It's time to go beyond the hour

Saturday, May 22, 2010

Feeling fresh with d new hobby

Dah lama hasrat untuk belajar berenang dipendam, lagi-lagi kalau cuaca panas, rasa nak berendam je dalam air..Tahun lepas pernah gak ajak msKutak picnic kat Sungai Tekala..tapi bila fikir fobia dengan 'kepala air', rasa tak selamat pulak kat tempat-tempat macamtu.

Selalu ikut n temankan si dia pergi swimming, tapi sekadar tunggu kat luar je smbil surfing internet n lepak2 kat kompleks kejiranan presint 16..kadang-kadang temankan dia kat Serdang Raya. Bila lama tak sentuh air, tak balik kampung, tak pergi pantai mula la rasa sayu dan sedih. Masa tu selalu la cakap kat si dia nak berenang gak, tapi dia tak bagi.

Tapi, last saturday 15 May 2010, setelah puas dipujuk, akhirnya si dia bg kebenaran untuk belajar berenang, dengan syarat, gi belajar kat kelas atau belajar dengan kawan-kawan perempuan. yesss....thanks dear..

Dengan excitednya, lepas tu terus cari kedai menjual baju renang muslimah kat Bangi. Sebelum ni dah google butik-butik yang jual baju renang muslimah ni. Masa nak pergi tu dah lupa kat mana, jadi kitorang round 1 kompleks PKNS bangi..Tapi hampa, takde pun kedai yang jual pakaian tu. Masih tak putus asa kami pusing-pusing lagi kat sekitar shoplot kat bangi tu. Setelah puas mencari terjumpa satu kedai, Butik Sanera. Ada dua jenis baju yang dijual, brand Lycra, jenis fit(tak macam muslimah sangat la, fit,tapi ada tudung) dan jenis loose (yang ni baju macam besar, dan lebih sopan).. Saya terus beli baju yang fit sket tu..hehe.. harga asal RM169, ada less 10%..setelah tolak less n tawar menawar, dapat beli baju tu dengan harga RM150. Kat butik tu ada jual google , lupa brand ape, harga RM19. Tapi sebab dah banyak duit habis,tak beli pun google tu.

Petang hari yang sama, saya terus mengajak si dia pergi ke kolam renang. Mula mula pergi ke kolam renang Serdang Raya, tapi hilang mood nak berenang sebab ramai orang. Pastu dia ajak pergi ke Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil. Best tempat ni, airnya sejuk dan bersih. Terus belajar mengapungkan diri dalam air dan bernafas dalam air(bubbling)..dia duk tepi kolam ajar teknik-teknik je. Bila dah dapat mengapung saya belajar buat front crawl (freestyle), berjaya buat tapi tak dapat tahan nafas lama-lama. Balik rumah terus google lagi tentang teknik-teknik berenang.

Isnin berikutnya,masa lunch saya ajak kawan-kawan ke jusco untuk beli google. Mula-mula ingat nak beli google yang murah je, tapi promoter tu cakap kalau mata rabun, baik beli google untuk shortsight, harga pun tak mahal sangat. Harga google brand ogival lense biasa RM17.90, shortsight lense RM42.90.

Esoknya dah plan dengan kawan-kawan perempuan untuk pergi swimming, tapi petang tu hujan lebat pulak. Taknak kecewa kami(ad, nad, ita, siti, dan saya) pergi ke Pusat Maritim di Presint 5 (Yan yang cadangkan tempat ni). Pusat maritim ni amat best, kemudahan lengkap, ada restioran, gym, pusat aerobik, surau, tempat mandi sauna dan steam, gelanggang skuash, nak sewa bot pun boleh. Kolam renang kat sini indoor, berada kat tingkat 1. Dari kolam renang boleh nampak tasik kat bawah dan PICC. Ad dah pandai berenang, so ad la yang jadi instructor ajar saya dan ita yang baru belajar nak berenang. hari ni ad ajar buat front crawl n breast stroke. Saya tak berapa pandai buat breast stroke, jadi lebih tumpu untuk buat front crawl..


Malam Rabu pergi ke Pusat Sukan Air Presint 6, tapi hampa, kolam renang kat sini sangat ramai orang dan bising. Kolamnya okey, tapi menjadi kurang selesa sebab gangguan-gangguan persekitaran..Saya cuma berlatih front crawl dan bubbling serta menyelam.

Jumaat, disebabkan terlalu excited dan waktu rehat lama, saya dan ita amik peluang tu untuk berlatih lagi, kami berlatih di Pusat Maritim, best sangat masa ni (pukul 12 tgh) takde orang, hanya kami berdua. sejam setengah berlatih berdua je, pukul 1.30 baru ade beberapa orang perempuan datang. Ad, kak Zam, nad n niza datang tapi dorang tak berenang pun..bagi sokongan je..hehe.. hari ni saya dah boleh buat back stroke,dan dapat bertahan lebih lama..Kami keluar dari kolam jam 2.30..puas hati betul dapat mandi lama-lama waktu kerja..Insyaallah lepas ni aktiviti berenang hari jumaat akan jadi aktiviti mingguan kami.

Di bawah adalah gambar-gambar yang diambil di kompleks maritim.






No comments:

Post a Comment