Earth Hour 2011: It's time to go beyond the hour

Monday, March 28, 2011

Asam Pedas Kampung Jijan

Dari awal tahun lagi hasli ajak gi makan kat Kampung Jijan..tapi malas nak pegi sebab jauh dari rumah. Kalau nak gi mase weekend pun rase malas dan penat. Semalam alang-alang gi ke Nilai 3, dah kat area sane, so kami menggarminkan diri..mencari Kg. Jijan [anggaran 15km dari Nilai 3]..Mula-mula saya lurus bendul cari Kg. Jijan kat garmin, ada nampak kedai-kedai makan, tapi tak nampak pulak signboard asam pedas..Bila dah masuk jauh ke dalam kampung, rasa macam dah terlepas kedai..Kami pusing balik, pusing-pusing kat Mydin Kota Seriemas..lepas tu baru jumpa.  Kedai ni tak jauh dari Mydin Kota Seriemas..Kedai ni comel je, kaler pink..hehe.. Mula-mula kami ingat nak rasa dua-dua nasi ayam dan asam pedas..Bila order rupanya nasi ayam dah habis..Pastu kami order nasi putih dan Asam Pedas Pari.

Sementara menunggu makanan sampai, perut dah bunyi-bunyi..then, kami alas perut dengan donut yang gebu dan best kat situ. [sebenarnye my Sis Suehaa & Mya pandai buat donut sebijik macam ni..tapi lagi special dan best..kegebuan donut sama je..]


Tak lama lepas tu, air Apple Asam Boi sampai..Best, tapi masin sket (asam boi yang masin). Dan agak manis..Boleh lahh..




Order sampai. Asam Pedas Pari. Harga RM 8.00.. Berbaloi sangat dengan harga. Makan berdua tak habis.. Terpaksa ratah slow-slow sebab perut dah penuh.





Best kan?
2 Pinggan Nasi +Ulam salad + timun + kacang panjang + ikan masin kecik
Asam Pedas Ikan Pari (Dalam pinggan ada 3 ketul pari + bendi + tomato)
Telur Goreng
Extra 2 Sambal belacan
Alas Perut: 2 biji Donut gebus..


Try la...Sebelum pergi sila set Garmin, google maps..kang sesat pulak..hehe
* menggarminkan diri == menyerahkan diri bulat-bulat kat garmin..

Friday, March 25, 2011

Thursday, March 24, 2011

Pop Corn Tanjung Jara

Pop Corn Tanjung Jara dahulunya dikenali sebagai Pop Corn Manis Wangi di Kuala Terengganu sejak tahun 1993. Tak hairan lah jika Pop Corn ini begitu dikenali di Terengganu..




Kenapa Pop Corn Tanjung Jara ni special dan dikenali? Adakah kerana rasanya yang spesial? Terdapat pelbagai perisa popcorn yang manis dan wangi..Dari Perisa Coklat Istimewa, Perisa Pandan Wangi, Perisa Vanilla, Perisa Rose, dan Perisa Pisang..Sekali rasa, mesti nak lagiii...

Nak cari kat mana? Pop Corn Tanjung Jara ni tak dijual di pasar raya atau pasar malam..Hanya di Tanjung Jara Dungun. Nak tempah? Jangan Malu Jangan Segan.. 
Kami juga menerima tempahan pop corn untuk majlis perkahwinan, majlis konvokesyen, majlis hari jadi dan lain-lain. Tempahan bagi membuka kiosk pop corn bagi majlis juga diterima dengan harga berpatutan. 

Anda boleh hubungi Encik Mohamad di talian 011-19972983 atau Puan Zaini di talian 013-2037239. 


Habbatus Sauda.. Nigella Sativa.. Black Seed..

Black Seed..Habbatus Sauda.. Nigella Sativa..


Nak tau tentang khasiat dan kelebihan nya?

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda (Mesir, Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.


Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Habbatus Sauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:

  1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
  2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
  3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
  4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
  5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
  6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
  7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

KAJIAN PERUBATAN

Sejak tahun 1959, lebih dari 200 kajian dihasilkan oleh universiti di peringkat antarabangsa dan artikel yang dikeluarkan oleh berbagai journal perubatan telah menunjukkan penemuan yang baik bagi menyokong khasiat tradisional Habbatus Sauda yang telah direkodkan semenjak 2 tahun lalu. Berikut ialah sebahagian dari kajian dan artikel perubatan tentang Habbatus Sauda:-

Ibnu Sina- Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines")

Ibnu Qayyim- Habbtus Sauda berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (Buku Ibnu Qayyim "Medicine of the Prophet")

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Professor G. Rietmuller- Bahan ekstrak Habbatus Sauda menunjukkan kesan amat positif terhadap sistem immunisasi badan dan boleh digunakan sebagai "bio-regulator'. (Professor G. Rietmuller, Director of Institute of Immunology, University of Munich, Germany)

Dr. Ahmad El-Qadi (Islamabad, Pakistan) dan Dr. Usama Qandil (Florida, USA) mendapati pengambilan 1 gram Habbatus Sauda sebanyak dua kali sehari mempunyai kesan peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi immuniti badan. Penemuan ini dianggap penting untuk memungkinkan penggunaan Habbatus Sauda sebagai bahan peningkatan immuniti semula jadi badan untuk rawatan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit yang lain berkaitan kekurangan immuniti badan.

Kajian oleh Dr. Haq terhadap sukarelawan pesakit AIDS di Department of Biological and Medical Research Centre, Rilyadh menunjukkan bahawa Habbatus Sauda berupaya meningkatkan kadar diantara 'helper T-cells' dan 'suppresser T-cells' sebanyak 55%. Aktiviti 'natural killer cells' juga menunjukkan peningkatan purata sebanyak 30%.

Dr. Peter Schleicher, seorang pakar immunisasi (immunologist) di Munich mendapati Habbatus Sauda berjaya menyembuhkan seramai 420 daripada 600 orang sukarelawan pesakit allergik. Kebanyakan pesakit-pesakit ini mengidap allergik terhadap 'pollen' dan habuk, jerawat dan saraf kulit, pesakit lelah dan pesakit-pesakit yang pada amnya mempunyai daya tahan yang lemah terhadap jangkitan. (Nota: Dr. Peter Schleicher telah dipilih sebagai ahli paling muda di World Academy of Scientist)

Penyelidik Amerika menulis laporan pertama di dunia mengenai kesan 'anti-tumor' yang ditunjukkan oleh Habbatus Sauda. ("Study of the Effects of Nigella Sativa on Humans")

Professor Michael Meurer- Habbatus Sauda berupaya menghentikan 'inflammations' dan masalah saraf kulit (neurodermitis) (Professor Michael Meurer, Dermatology Clinic of Munich, Germany)

Saintis-saintis di Cancer and Immuno-Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatus Sauda berupaya meransang 'bone marrow' dan sel-sel immuniti, meningkatkan penghasilan 'interferon' dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Habbatus Sauda juga berupaya memusnahkan sel-sel tumor dan meningkatkan bilangan antibodi yang menghasilkan "B cells".


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

  • Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengubati reumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

Di bawah ini disertakan 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan

Habbatus Sauda kaya dengan:
  • monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
  • polysaccharide
  • fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
  • amino acid yang membentuk protein
  • karotene iaitu sumber vitamin A
  • kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi

Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)

Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.


Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.

Sumber: http://anizyn.blogspot.com/2009/04/khasiat-habbatus-sauda.html

Antara produk-produk yang dihasilkan dari herba ini : Minyak Habbatus Sauda (Black Seed Oil), Kapsul Habbatus Sauda, serbuk minuman pun ada. 

Ada juga orang yang goreng habbatus sauda ni tanpa minyak...pastu dia blend..pastu campur madu..gentel2 kan jadikan mcm maajun dan telan..

Menurut beberapa hasil penelitian, Habbatus Sauda memiliki khasiat dengan izin Allah:-
  1. Menguatkan immunity system pada diri manusia.
  2. Melawan & menghancurkan sel­-sel kanser/tumor.
  3. Mengubati reumatik, peradangan serta infeksi.
  4. Jika digoreng & dibakar kemudian dicium terus­ menerus dapat mengeliminasi gas (dalam) perut.
  5. Membunuh cacing­-cacing parasit jika dimakan sebelum makan pagi.
  6. Minyaknya bermanfaat untuk menyembuhkan gigitan ular, juga bengkak di dubur dan tahi lalat.
  7. Menghilangkan sesak nafas & sejenis kesulitan nafas, melonggarkan penyumbatan akibat kahak.
  8. Melancarkan haidh yang tersekat.
  9. Jika dibalutkan, bermanfaat untuk menyembuhkan pening yang parah.
  10. Apabila dimasak dengan cuka bersama kayu pinus dan kemudian dibuat untuk berkumur, maka hal itu akan menghilangkan sakit gigi yang disebabkan sensitif terhadap dingin.
  11. Jika diminum, biji ini akan melancarkan kencing, haidh dan ASI.
  12. Menyembuhkan gigitan Labah-­labah.
  13. Bila dibakar, asapnya dapat mengusir serangga.
  14. Menghilangkan sendawa asam yang berasal dari kahak dan melancholia (gangguan yang disebabkan kesedihan yang terus­ menerus/depresi sehingga merusak bagian empedu).
  15. Menghilangkan Kusta.
  16. Jika ditumbuk dan dicampur dengan madu dan air hangat dapat menghancurkan batu karang (memperlancar air seni).
  17. Apabila digoreng dan dicium terus ­menerus dan dicampur dengan cuka dapat menyembuhkan jerawat dan kudis serta menghilangkan peradangan yang lebih kronis dari jerawat (tumor).
  18. Jika digoreng tanpa minyak dan ditumbuk serta dicampur dengan minyak zaitun kemudian dititiskan ke dalam hidung 3 titis akan menyembuhkan selsema yang disertai bersin-bersin.
  19. Jika dibakar dan dicampur dengan lilin dan minyak inai/henna atau minyak bunga iris serta dilumurkan pada luka yg bernanah dan membusuk yang keluar di betis setelah dibersihkan dengan cuka, maka akan dapat menghilangkannya.
  20. Bermanfaat untuk menyembuhkan bekas gigitan anjing (Rabies) dan aman dari kematian akibat rabies.
  21. Jika diminum akan bermanfaat bagi hemiplegia (semiparalysis/lumpuh separuh).
  22. Jika enzoat (celak persia) dicampur dengan air & dilumurkan ke lingkaran dubur (lobang dubur/anus) dan juga diminum dengan dos sekitar 25 gr akan menyembuhkan Buasir.
  23. Jika disedut melalui hidung akan bermanfaat menghentikan air yang keluar pada mata.

Wednesday, March 23, 2011

Koleksi Fridge Magnet

 Koleksi Fridge magnet saye..

Yang ni hasli belikan dari Sabah.

 Yang ni hasli gak bagi. Dari Sarawak.

Rafflesia, Burung Kenyalang
 Cenderamata dari Bahrain.. Cutee sangatt...

Keychain unta dari bahrain jugak..

Blue & Pink..Comel sangat..Sayang nak guna keychain tu.

Fridge Magnet KLIA Express..baru dapat semalam..

Koleksi saye:
Burung Kenyalang - dari Eta
Kereta Lembu Melaka malaysia - dari Ayah
Bendera Australia, Syiling Australia & Selipar Sydneyy (Opera House) - hadiah dari hasli mase awal perkenalan dulu..
Signboard Gold Coast, Sydney , Melbourne, Perth - boss bagi..
Burung Kenyalang + Orang Utan + Rafflesia - hasli bagi..
Penyu Cherating - Sape bagi ekk..dah lupe..Arniza Anuar kot...

Koleksi yang terkini. (ada satu lagi Fridge Magnet Strawberry dari Eta, lupa ambil gambar)

Kawan-kawan, disebabkan minat baru saya mengumpul fridge magnet, kalo korang gi honeymoon tu bleh la belikan saye ye...hehe..(ditujukan buat Eta, Niza, Faseeha, Ila, Rini, Veron..Adlina & Aydae (honeymoon kali ke 2))

Tuesday, March 22, 2011

Drift di Lebuhraya


Tarikh : Lupa tarikh. Sekitar bulan Julai 2010 kot.

Lokasi kejadian : Exit dari Persiaran Persekutuan, Putrajaya (Taman Wetland) ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)

Cuaca : Lepas hujan. Jalan masih basah.

Kelajuan Kereta : 40 km/j. Memang drive slow-slow je..

Kronologi: Saya memang dah slowkan kereta sebelum sampai Point 1 lagi..kereta-kereta lain dah potong kereta saya sebab saye drive slow sangat. Sampai kat Point 2, tetiba kereta rasa tergelincir sket..(Masa ni kereta dalam keadaan free gear) Kemudian saya terus tekan brek sket dan pusingkan stereng (rasanya serentak kot). Tiba-tiba rasa macam tak sedar apa yang berlaku. Yang pasti saya perasan masa kereta terpusing sekali, saya tekan brek kuat-kuat dan tetapkan tangan pada stereng. Terasa kereta terpusing slow sket. Lepastu kereta terpusing lagi sekali dengan agak laju. Lepastu rasanya kereta terpusing lagi sekali dan terhenti merintangi jalan di Point 5..

Mase kereta berpusing-pusing tu..saya pegang stereng kuat-kuat dan jerit "aaarrrggghhhhh...." panjang-panjang..Rasanya dua kali gak menjerit. Masa tu just fikir ape niii...kenapa view nampak kelabu berbalam-balam..bila kereta stop baru saya dapat catch up apa yang berlaku. Saya pandang kiri, ada pakcik bermotorsikal berhenti sambil sengih-sengih tengok saya. Pandang kanan tengok kereta-kereta baru sampai dan berhenti. Enjin kereta masih hidup. Saya masuk gear satu, dan terus gerak slow-slow dan berhenti di bawah flyover di Point 6.. tengok kereta just kemik sket kat boot depan, lampu sebelah kanan pecah, dan logo proton tertanggal..Bukak boot check enjin takde rosak. Pastu terus gerak balik..

Alhamdulillah keadaan kereta tak teruk sangat. Bila dah teraccident macam tu rasa macam dah dekat sangat ngan MATI. Rasa macam diberi peluang kedua untuk hidup. Tersilap langkah kereta boleh terbalik atau terhempas kat divider atau pokok-pokok kat situ. Silap-silap boleh terlambung dan tergolek ke jalan sebelah. Syukur sangat, masih diberi peluang..Mungkin juga sebagai pengajaran..Selepas peristiwa ini, saya lebih berhati-hati memandu terutama di exit-exit berpusing macamni.

Monday, March 21, 2011

Terminal Bersepadu Selatan – Bandar Tasik Selatan

 

Dari awal tahun 2011 kalau lalu kat highway Sungai Besi selalu nampak Terminal Bersepadu Selatan dari jauh, tapi tak berkesempatan gi.. Semalam sempat ke sana..Suasana kat sini agak best, macam airport...dengan parking bertingkat yang banyak..beraircond..ada macam-macam kedai..ramai petugas-petugas..polis bantuan.touch screen kiosk ..lif, toilet pun banyak..surau yang agak selesa..Senang la orang yang tinggal di Selatan nak balik ngan bas nanti..

Untuk lihat gambar-gambar menarik, klik sini.

Quote dari Aku Zaid "Terminal  ni ada enam tingkat dan dibangunkan di atas tanah seluas 19.6 hektar, dan ia dilengkapi dengan 55 platform bas, 150 perhentian teksi, 1,000 tempat letak kereta dan 1,800 tempat duduk untuk pengguna dengan sistem hawa dingin di ruang menunggu dan sistem tempahan tiket secara interaktif mesra pengguna, dan yang paling menarik ianya dihubungkan dengan rangkaian pengangkutan lain seperti Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter, Express Rail Link (ERL) dan Transit Aliran Ringan (LRT), semuanya dalam satu. Jadi lepas ni pengguna boleh pergi kemana-mana dengan mudah dan pantas."

Antara kemudahan yang disediakan:
  • Kaunter khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam.
  • Kemudahan pembelian dan penempahan tiket secara online ‘e-ticketing‘ melalui www.tbsbts.com.my.
  • Penggunaan skrin untuk pelanggan disediakan di hadapan kaunter dan mikrofon di dalam kaunter supaya penumpang dapat melihat dan mendengar dengan jelas maklumat yang disampaikan pihak pentadbiran.
  • 19 kaunter tiket yang disediakan untuk membeli tiket.
  • Enam mesin kiosk untuk membeli tiket secara tunai atau ‘touch n go’.

Lobi terminal ..

  • Sistem siaran informasi pengunjung (PIDS) seperti jadual pelepasan bas diletakkan di setiap tingkat manakala balai ketibaan dan pelepasan di tingkat bawah disediakan khusus untuk penumpang sahaja.
  • Kemudahan seperti restoran, kemudahan mesin juruwang automatik (ATM), bilik rehat VIP, surau, tandas, tempat menukar lampin bayi serta perkhidmatan WiFi.
  • Kemudahan tempat duduk yang selesa ..
  • Kemudahan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) turut disediakan seperti lantai penunjuk arah, kaunter perkhidmatan dan tiket yang direndahkan, tandas, lif, laluan jalan istimewa serta petak letak kereta khas untuk mereka.
  • Ciri-ciri tiket bas sama seperti tiket kapal terbang di mana di atas tiket tertera nama dan nombor kad pengenalan penumpang dan hanya mereka sahaja yang boleh menaiki bas itu.
  • Perkhidmatan ‘Usher’ di setiap aras bagi membantu penumpang OKU dan penumpang warga emas bermula mereka membeli tiket hingga menaiki bas.
  • Langkah keselamatan dengan memasang 500 kamera litar tertutup (CCTV) , 250 polis bantuan bertugas membuat rondaan di setiap tingkat dan pos polis disediakan di kawasan parkir.
  • Penggunaan teknologi hijau dan mesra alam banyak digunakan seperti lampu yang digunakan adalah mesra alam serta terdapat ‘Central Vacuum System’ untuk memastikan sampah dibuang di tempat yang betul
  • Hentian rehat bas dilengkapi dengan stesen minyak, surau dan kantin.
Sumber : http://www.anastasyea.com

Gambar diambil dari kedai Nasi Kandar. Hujan tengah lebat mase ni..

Saturday, March 19, 2011

Village by the Sea IV

Sedar tak sedar dah 11 hari berada di kampung..cepatnya masa berlalu..esok awal pagi dah nak balik KL sorang-sorang..lepastu terus ke KLIA.., baru lah balik ke rumah..kalau sempat kene singgah ke Taman Maluri hantar barang..adoi..mesti penat..

Citer pasal balik kampung, macam-macam aktiviti sempat dibuat..
Rabu - Awal pagi bertolak, singgah ke Gombak kejap. Lepastu terus gerak ke Dungun. Sampai kat rumah lepak-lepak ngan adik..Bosan sangat duk rumah dengan 2 orang adik je.. bawak balik hadiah untuk adik2, ayah dan ma. Hanif pulak tak sabar nak main wau bulan, siap merajuk dan panjat tangga tinggi-tinggi, konon nak ugut suruh kaklong nye bawak dia pegi pantai. [Flight hasli ditukar ke 12hb. Apelaa travel agency tu..hampeh betul..menyusahkan orang je]


Hujan lebat di highway sepanjang Pahang

Dah sampai ke Terengganu..alhamdulillah cuaca cerah.



Labu sayong yang dibeli kat HKK last week..

Khamis - Pagi duk rumah je, tengahhari Muhsin call suruh ambil dia kat sekolah..Bila sampai kat hostel punyelaa lame tunggu dia, adli dan hanif dah gi pusing-pusing kat blok asrama cari dia tapi tak jumpa (muhsin tak bawak henfon kat sekolah..) Lepastu ade sorang budak ni tanye nak cari sape, saye cakap la cari NizarMuhsin, terus budak tu wat pengumuman, satu sekolah bleh dengar..tak lama lepas tu datang la Muhsin dengan baju+seluar basah kuyup..bila ditanya, dia cakap dia tengah mandi kat kolah asrama..berenang...hempeh betul..bleh dia berenang dalam kolah sorang-sorang..kalau ape-ape jadi takde sape sedar..(air kolah tu tak diganti pun..maknanye nanti orang lain mandi air bekas dia mandi la..haha..)  Pastu singgah Nirwana jap beli kerang dan susu untuk baby kucing adli.



Nak balik dah pukul 1, so kami pergi la terus ke sekolah Aifaa, tapi dia blom balik lagi..so balik terus ke rumah. petang dalam pukul 6 damia sampai dari Kuala Terengganu. Baru la meriah sket rumah.


Jumaat - hari Jumaat aktiviti biasa ialah pergi pasar. Hari ni gi dengan 2 buah kereta sebab ayah ada mesyuarat. Jadi ayah balik dulu. Beli ayam, ikan, sotong, ape lagi ekk..dah lupee...haa..ma beli tulang..balik terus masak sup tulang...
Sup tulang..masak dalam periuk besar..

Tambah cili, daun nangka ke ape...nak bagi empuk..

besar...makan 4 orang pun tak habis..

ni hanif punyee..

nyummy...


Sabtu - Lupe...Hujan lebat..Duk rumah dan kat kedai je..Layan hanif main hujan..Sempat main hujan.. [He's now at Singapore. Flight 12am to Colombo..awak,stay safe..selamat pergi dan selamat kembali]


Ahad - Keluar ke Kuala Dungun..Pastu gi beli hadiah untuk farez..Sampai hari ni tak sempat lagi pun nak ke Pantai, cuma lalu je tepi pantai.tak singgah..sebab takutkan Tsunami..lagipun ombak besar semacam je..baik jangan dekat ngan pantai.[Flight to Madinah.. ]



Isnin - Awal pagi bermalas-malasan kat rumah. Dah tengahhari baru la bersiap. Bila nak masuk kereta, kereta kehabisan betry pulak..aduh..masalah betul..Pastu bermulalah operasi men'jumper' bateri kereta..Mujur ada banyak kereta kat rumah. Malas nak pakai kereta yang kita tak biasa sangat drive..dahla hari hujan. Dalam 20minit baru lah selesai..Terus start kereta, gerak ke KT. Mase otw ke KT, mesej kakna sebab dah janji nak gi sekali dengan dia ke rumah farez. Tapi kebetulan kakna ade hal pulak, dia suruh pegi dulu. Dahla tertinggal kad kat rumah..dah ingat-ingat lupe rumah farez kat mane..try cari..mujur jumpa..tapi aduhai..parking punyela payah nak dapat...Farez, next kenduri sila sediakan parking 4 tingkat ye..

sementara tunggu farez  & lily sampai, makan n sembang ngan cekgu ina from Kuantan..
 
Dah sampai tu tercari-cari farez..Call tak berjawab..rupenye pengantin tengah sibuk dengan outdoor photography..Lame tunggu, barulah dorang balik.Sempat sembang-sembang & dan ambil gambar..Farez cakap saye makin tinggi...tapi makin GEMUKKK..cesss...farez, dulu bukan kite same tinggi ke?awak dah makin pendek la tu..hahaaa..


 Balik dari kenduri farez, terus ke Batu 6 hantar Mea ke butik ZulFarisha Fashion Enterprise. Saye beli korset..tapi besar sket la saiz korset tu...saye jahit sket kat blkg bagi fit sket..hehe..Pastu gi kedai Cik Nan kat sebelah pulak..dah lame tak datang sini...last mase buat stiker penyu kat kereta..Syarikat Cik Nan dah maju skrg. Ade printer besar untuk buat banner..kad kahwen, pakej pembungkusan barang-barang, bunting, dan banyak lagi. Sebelahnye pulak Kedai Aksesori dan tinted kereta Umie Da..Dah jadi bussinessman/woman diorang sekarang.. 

Tak lama lepas tu saya aifa dan hanif ke Bandar Kuala Terengganu, nak ke  Pustaka Seri Intan, tapi sampai je kat PSI, kedai tu dah tutup pulak.Pastu terus jalan kaki ke kedai DBP kat seberang jalan untuk beli buku yang ma pesan. [Harga asal RM 59.90, tapi dapat less 10%] Ni hah bukunye..Dah lama ma nak beli buku ni..Akhirnya dapat gak.
Seni Jahitan Pakaian Pengantin oleh Rosita J. Fletcher

Lepas tu kami terus bertolak balik ke Dungun. Malang menimpa..Kat Marang tetiba ada bunyi pelik kat belakang kereta..Saya berhenti tepi jalan, tengok rupa-rupanya tayar kereta kempis. Pastu mulalah bersusah payah nak tukar tayar kereta..dahla cantik-cantik pakai baju kurung. Tengah2 nak tukar tayar tu ade 4 orang mat motor berhenti dan tolong. mujur la ade dorang..kalo tak naye nak tukar tayar sorang-sorang. Hanif pulak asyik cakap ""Malunye hanif, tayar pecah...buat malu hanif jee..." buat saya tergelak..Bila tengok tayar yang kempis tu, bukannye bocor, tapi pecah sepanjang 3 inci..aduh...duit lagi..kalo bocor bleh gamkan..ni dah pecah 3 inci kene la beli baru..hukhuk..Perjalanan diteruskan, tapi drive slow-slow sebab dah tak konfiden..Akhirnya sampai gak ke rumah pukul 7.30 malam..

Next..sambungan di next entry..

Monday, March 14, 2011

Moving Images, Moving People!

Satu lagi blog yang menarik..

As the planet warms, become more like bamboo!

 

“The bamboo that bends is stronger than the oak that resists,” says a Japanese Proverb.
In these times of climate change, we all need to bear this in mind. It’s not how we resist the battering, but how we pick up again after repeated onslaughts.

Klik sini untuk ke blog tersebut.