Earth Hour 2011: It's time to go beyond the hour

Tuesday, March 8, 2011

Cara saintifik untuk menentukan bentuk wajah


Untuk mengetahui bentuk wajah anda, sila ukur menggunakan pita pengukur atau pembaris. Catat ukuran tersebut.
  1. Ukur lebar dahi anda (kanan ke kiri, ambil ukuran paling lebar). Biasanya titik terlebar pada wajah adalah di antara bulu kening dan garis anak rambut anda. 
  2. Ukur wajah anda di bahagian atas tulang pipi anda (lebar tulang pipi). 
  3. Ukur pada garis rahang (kanan ke kiri, ambil ukuran paling lebar). 
  4. Ukur panjang dari garisan anak rambut anda ke bahagian bawah dagu anda.


Bentuk Wajah dan Ciri-ciri umum


 

Muka Bentuk Bujur (Oval Face) 
Panjang sama dengan satu setengah kali lebar (Contoh: panjang 18 cm, lebar 12 cm).
Muka Bentuk Panjang (Long Face) 
Panjang lebih daripada lebar. (Contoh: panjang 16 cm, lebar 12 cm)

 
Muka Bentuk Bulat (Round Face) 
Lebar dan panjang muka sama (Contoh: panjang 15 cm, lebar 15 cm).

Muka Bentuk Hati (Heart Face)  
Bentuk wajah sempit pada garis rahang, lebar di dahi dan tulang pipi.

Muka Bentuk Petak (Square Face) 
Dahi, garis rahang dan tulang pipi yang hampir sama lebar.

Muka Bentuk Permata (Diamond Face)  
Pipi luas, dahi dan garis rahang yang sempit.


Muka Bujur Sireh 
Bentuk yang sangat ideal. Kawasan di bahagian pipi lebih kecil berbanding dengan kawasan dahi. Tulang pipi lebih tinggi/menonjol.


Muka Bentuk Segitiga (Triangle Face)
 Ukuran lebar dahi yang kecil. Kawasan rahang, pipi dan dagu yang luas

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Thx infonya teh...

    http://cbs-bogor.net/

    ReplyDelete