Earth Hour 2011: It's time to go beyond the hour

Tuesday, March 22, 2011

Drift di Lebuhraya


Tarikh : Lupa tarikh. Sekitar bulan Julai 2010 kot.

Lokasi kejadian : Exit dari Persiaran Persekutuan, Putrajaya (Taman Wetland) ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)

Cuaca : Lepas hujan. Jalan masih basah.

Kelajuan Kereta : 40 km/j. Memang drive slow-slow je..

Kronologi: Saya memang dah slowkan kereta sebelum sampai Point 1 lagi..kereta-kereta lain dah potong kereta saya sebab saye drive slow sangat. Sampai kat Point 2, tetiba kereta rasa tergelincir sket..(Masa ni kereta dalam keadaan free gear) Kemudian saya terus tekan brek sket dan pusingkan stereng (rasanya serentak kot). Tiba-tiba rasa macam tak sedar apa yang berlaku. Yang pasti saya perasan masa kereta terpusing sekali, saya tekan brek kuat-kuat dan tetapkan tangan pada stereng. Terasa kereta terpusing slow sket. Lepastu kereta terpusing lagi sekali dengan agak laju. Lepastu rasanya kereta terpusing lagi sekali dan terhenti merintangi jalan di Point 5..

Mase kereta berpusing-pusing tu..saya pegang stereng kuat-kuat dan jerit "aaarrrggghhhhh...." panjang-panjang..Rasanya dua kali gak menjerit. Masa tu just fikir ape niii...kenapa view nampak kelabu berbalam-balam..bila kereta stop baru saya dapat catch up apa yang berlaku. Saya pandang kiri, ada pakcik bermotorsikal berhenti sambil sengih-sengih tengok saya. Pandang kanan tengok kereta-kereta baru sampai dan berhenti. Enjin kereta masih hidup. Saya masuk gear satu, dan terus gerak slow-slow dan berhenti di bawah flyover di Point 6.. tengok kereta just kemik sket kat boot depan, lampu sebelah kanan pecah, dan logo proton tertanggal..Bukak boot check enjin takde rosak. Pastu terus gerak balik..

Alhamdulillah keadaan kereta tak teruk sangat. Bila dah teraccident macam tu rasa macam dah dekat sangat ngan MATI. Rasa macam diberi peluang kedua untuk hidup. Tersilap langkah kereta boleh terbalik atau terhempas kat divider atau pokok-pokok kat situ. Silap-silap boleh terlambung dan tergolek ke jalan sebelah. Syukur sangat, masih diberi peluang..Mungkin juga sebagai pengajaran..Selepas peristiwa ini, saya lebih berhati-hati memandu terutama di exit-exit berpusing macamni.

No comments:

Post a Comment