Earth Hour 2011: It's time to go beyond the hour

Thursday, April 28, 2011

OMG I’m Getting Married..


 I’ll be getting married to the most amazing man in the world!!

Wednesday, April 27, 2011

EyQah KitChen & Sh0p



Apam Polka Dot


Tart Telur + Perisa Pandan

 Muffin Choc

 Cheese Tart 

 Fruit Tart

Shell Tart, Fruit & Mix

Amacam? menarik? tertarik?hehe..
apelagi..bagi sesapa yang berminat nak buat tempahan, sila layari blog Mar.

Saje nak tampal gambar anak Mar...dah besar dah..comel pulak tu...
 

Wednesday, April 20, 2011

Facebook..What happened?

Tengah malam td sedang kusyuk berfb, tetiba tak dapat access..ingatkan internet problem..tapi pagi ni cube access fb mobile pun tak dapat..bila access guna laptop, guna ie, mozilla, chrome semua tak dapat..tapi website lain takde masalah pulak..aduiii..ape jadi pada facebook ni?

Skrg tengah uninstall javascript dan reinstall..tak tau la dapat solve kan  problem ni atau tak..
update: after updating javascript still cannot access fb & any related fb sites../through mobile..dunno what happen..

call cik eta busyukk kat opiss..dia cakap dia boleh je bukak fb...adoii..ape kene gn laptop ni..takkan laptop kot..ke celcom yang problem...kene try access through wifi ni...aiyaaa...

Thursday, April 14, 2011

How?

How to pay attention when your intention is to make us ________!!


Sila isi tempat kosong.

what?

amat bizi beberapa hari ni..penat hanya Tuhan yang tahu..banyak perkara nak difikirkan..perihal kerja..peribadi..siang sibuk dengan kerja sampai malam..dah malam baru boleh fikir perihal peribadi...

mulai stress dengan kerja addhoc ini..cukup lah 12 hari yang menyeksakan ni..(baru hari yang ke 6) plsss bagi saya ruang untuk bernafas...

skrg 12.47 pagi, masih lagi berbaju kurung pakaian ke pejabat..tak larat nak tukar baju..

nite..

p/s: boss, saya mau cutii weekend ni...

Tuesday, April 12, 2011

Konfirm kurusss...

amat terseksa kebelakangan ini..demam+batuk-batuk masih belum sembuh..tetiba ade kerja addhoc perlu diselesaikan segera..balik malam..keje weekend..terasa bagai kerja swasta pulak..

hari ni, meeting start kul 9 pagi, habis jam 9 malam. lepas meeting, kena lengkapkan dan atur jadual slot-slot yang berubah untuk esok dan hari-hari seterusnya..next, emel kepada agensi-agensi yang perlu hadir esok. hampir jam 11 baru siap. bertolak balik ke rumah, sampai rumah parking pulak takde.terpaksa tunggu parking kosong kat dalam kereta. pukul 12 baru ada parking kosong..dah masuk parking, lock stereng, lock gear, tengok parking senget pulak..biar la..malas dah nak alih. terus naik ke rumah (level 3).dah masuk rumah baru teringat lupa bawak naik barang.terpaksa turun balik..ahaa..bagus untuk kuruskan badan..ulang-alik naik tangga sebanyak 2 kali tiap-tiap malam..(sama dengan memanjat tangga bangunan 12 tingkat-sehala) sangat bagus untuk kesihatan..

tak larat sangat..seminggu macam ni konfim kurus....i like...hehe

Tuesday, April 5, 2011

Batuk ohh batukk...

macam ni la kot rupe mukus dalam tekak saye.."mucus rules...."

Dari isnin lepas rase tak sedap badan dan sakit tekak.. Teringat kat peristiwa tahun lepas, takut demam melarat sampai berminggu-minggu saye awal-awal lagi dah makan panadol, so demam tak melarat, ade rasa panas badan sket-sket je.. tapi kali ni, mulai sakit tekak (saya biarkan aje sebab selalunya kalau sakit tekak, sehari dua boleh sembuh sendiri).



Hari Jumaat, saya mula batuk teruk..Tapi takde selsema punn..Malas nak ke klinik, saye beli ubat kat Farmasi Friends (Serdang Perdana 2, berhampiran South City Plaza). Beli ubat batuk cecair..Bila makan je terus ngantuk.. Dalam dua tiga hari ni asyik muntah-muntah..Tapi sampai hari ni batuk tak kebah pun.. Harap-harap esok dah tak batuk lagi dah..Masih malas nak ke klinik.. [Harap sangat sakit tahun ni tak melarat berlarutan sampai sebulan macam tahun lepas(2009)..]


Haa..mase gi farmasi haritu ade ternampak satu ubat, dalam bentuk pil, nama Mucinex. "Mucinex in..Mucus OUT" Harga punyela mahal, RM30..tak sanggup nak beli..Kalau beli, belum pasti berkesan ke tidak..Kawan-kawan pernah try ni ke?


Kaum kerabat Mr. Mucus yang duk berkaraoke dan berdansa...Syuhhh...pegilaaa kamoo...
Update: 
Disebabkan batuk tak hilang, tadi terpaksa ke Pusat Rawatan Mesra kat Seri Serdang..'dipaksa sebenarnye'..malas betul nak ke klinik, nak kena tunggu turn untuk jumpa doktor, pastu tunggu turn untuk ambil ubat lagi...rimas betull..tadi mujur ade 3 nombor je dari 'nombor sekarang'..3 pasangan,masing-masing bawak anak.. mula-mula masuk dah perasan macam kenal sorang ibu kat situ..Huda nama dia, kawan mase belajar kat UPM dulu..masa nak jumpa doktor tu sempat bersembang ngan dia jap..

Bila masuk jumpa doktor F,  haha...siap tahu nama doktor tu...mane tak nye, dari tahun 2008 dulu kalau sakit selalu gi ke klinik ni..sakit saye pulak jenis ngader-ngader..paling kurang seminggu.Tahun 2009 sampai sebulan asik demam, pening, muntah-muntah (kalau demam sure ade muntah-muntah..), batuk..macam-macam...Rasenye mase demam sebulan ni, 3 kali ke pusat rawatan ni dan 1 kali ke Hospital Serdang..

Doktor just tanya simptom-simptom, ada sakit ulu hati tak(kalau sakit Doc akan suggest Gaviscon, tak sukee Gaviscon..), tanya segala jadual makan dan minum untuk beberapa hari kebelakangan ni, ade makan buah tak, minum apa, makan apa, pukul berapa makan,  check tekak..ubat apa yang diambil, Then, dia suggest ubat-ubatan yang perlu, bila tengok ubat jenis B(bukan nama sebenar) saye cakap saya dah makan nak habis sebotol tapi tak hilang gak batuk..Makan antibiotik pun sama gak. Dia  tanya lagi ade makan ape-ape ubat tak...saya cakap awal-awal masa tak sedap badan saya makan panadol actifast. Akhirnya dia suggestkan ubat jenis T(bukan nama sebenar) pulak..ubat jenis T ni lagi amat mengantuk...then dia bagi MC satu hari..Lastly he suggest not to take oily food..

Bila keluar je dari klinik batuk makin teruk, dan rasa nak muntah mulai ketara...Sampai kat traffic light Serdang Raya, errrkkk...uweekk...muntah sket..tp sempat tahan (gelembung mulut) dan diludah kat luar kereta..haha..Balik rumah hari ni mujur takde muntah-muntah. (Semalam balik je, tak lama termuntah..pastu tengah tido, dalam kul 12 boleh pulak terjaga n muntah-muntah..mujur sempat ke bilik air). Hopefully malam ni semuanya okay dan tak terjaga lagi..Kesan ubat dah mula ketara, dah ngantukkkk sangat...Nite....
[entry ini diupdate dalam batuk-batuk..uhuk uhhukk..]