Earth Hour 2011: It's time to go beyond the hour

Tuesday, April 5, 2011

Batuk ohh batukk...

macam ni la kot rupe mukus dalam tekak saye.."mucus rules...."

Dari isnin lepas rase tak sedap badan dan sakit tekak.. Teringat kat peristiwa tahun lepas, takut demam melarat sampai berminggu-minggu saye awal-awal lagi dah makan panadol, so demam tak melarat, ade rasa panas badan sket-sket je.. tapi kali ni, mulai sakit tekak (saya biarkan aje sebab selalunya kalau sakit tekak, sehari dua boleh sembuh sendiri).



Hari Jumaat, saya mula batuk teruk..Tapi takde selsema punn..Malas nak ke klinik, saye beli ubat kat Farmasi Friends (Serdang Perdana 2, berhampiran South City Plaza). Beli ubat batuk cecair..Bila makan je terus ngantuk.. Dalam dua tiga hari ni asyik muntah-muntah..Tapi sampai hari ni batuk tak kebah pun.. Harap-harap esok dah tak batuk lagi dah..Masih malas nak ke klinik.. [Harap sangat sakit tahun ni tak melarat berlarutan sampai sebulan macam tahun lepas(2009)..]


Haa..mase gi farmasi haritu ade ternampak satu ubat, dalam bentuk pil, nama Mucinex. "Mucinex in..Mucus OUT" Harga punyela mahal, RM30..tak sanggup nak beli..Kalau beli, belum pasti berkesan ke tidak..Kawan-kawan pernah try ni ke?


Kaum kerabat Mr. Mucus yang duk berkaraoke dan berdansa...Syuhhh...pegilaaa kamoo...
Update: 
Disebabkan batuk tak hilang, tadi terpaksa ke Pusat Rawatan Mesra kat Seri Serdang..'dipaksa sebenarnye'..malas betul nak ke klinik, nak kena tunggu turn untuk jumpa doktor, pastu tunggu turn untuk ambil ubat lagi...rimas betull..tadi mujur ade 3 nombor je dari 'nombor sekarang'..3 pasangan,masing-masing bawak anak.. mula-mula masuk dah perasan macam kenal sorang ibu kat situ..Huda nama dia, kawan mase belajar kat UPM dulu..masa nak jumpa doktor tu sempat bersembang ngan dia jap..

Bila masuk jumpa doktor F,  haha...siap tahu nama doktor tu...mane tak nye, dari tahun 2008 dulu kalau sakit selalu gi ke klinik ni..sakit saye pulak jenis ngader-ngader..paling kurang seminggu.Tahun 2009 sampai sebulan asik demam, pening, muntah-muntah (kalau demam sure ade muntah-muntah..), batuk..macam-macam...Rasenye mase demam sebulan ni, 3 kali ke pusat rawatan ni dan 1 kali ke Hospital Serdang..

Doktor just tanya simptom-simptom, ada sakit ulu hati tak(kalau sakit Doc akan suggest Gaviscon, tak sukee Gaviscon..), tanya segala jadual makan dan minum untuk beberapa hari kebelakangan ni, ade makan buah tak, minum apa, makan apa, pukul berapa makan,  check tekak..ubat apa yang diambil, Then, dia suggest ubat-ubatan yang perlu, bila tengok ubat jenis B(bukan nama sebenar) saye cakap saya dah makan nak habis sebotol tapi tak hilang gak batuk..Makan antibiotik pun sama gak. Dia  tanya lagi ade makan ape-ape ubat tak...saya cakap awal-awal masa tak sedap badan saya makan panadol actifast. Akhirnya dia suggestkan ubat jenis T(bukan nama sebenar) pulak..ubat jenis T ni lagi amat mengantuk...then dia bagi MC satu hari..Lastly he suggest not to take oily food..

Bila keluar je dari klinik batuk makin teruk, dan rasa nak muntah mulai ketara...Sampai kat traffic light Serdang Raya, errrkkk...uweekk...muntah sket..tp sempat tahan (gelembung mulut) dan diludah kat luar kereta..haha..Balik rumah hari ni mujur takde muntah-muntah. (Semalam balik je, tak lama termuntah..pastu tengah tido, dalam kul 12 boleh pulak terjaga n muntah-muntah..mujur sempat ke bilik air). Hopefully malam ni semuanya okay dan tak terjaga lagi..Kesan ubat dah mula ketara, dah ngantukkkk sangat...Nite....
[entry ini diupdate dalam batuk-batuk..uhuk uhhukk..]

3 comments:

  1. hubby kwn saya ckp..berkesan hapuskan kahak walopon batuk still ader..saya baru je beli jap td..bru telan sebijik..xtau la apa rsanya..hua3..cam iklan niquitin x?

    ReplyDelete