Earth Hour 2011: It's time to go beyond the hour

Tuesday, May 31, 2011

Kuarters Part 3: Proses Pengambilan Kunci & Lakaran Pelan

Untuk memudahkan urusan kemasukan kuarters, saya listkan apa yang perlu dibuat..

1. Bayar bil air kat SYABAS Sepang (Bandar Baru Salak Tinggi) 


Dokumen diperlukan: Salinan IC, Salinan  Surat Tawaran.

Sepang Office
No 29, Jalan 6 Kosmopleks
Salak Tinggi
43900 Sepang
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-8706 1154 /03-8777 4000
Fax : 03-8706 1187

2.  Beli Setem HASIL
Dekat Bandar Baru Salak Tinggi tu ada Pejabat Pos. Boleh beli 2 keping Setem Hasil bernilai RM10.00, Semua RM20.00. 1 keping untuk ditampal kat Borang Perjanjian Kuarters (Cover Biru), dan satu lagi untuk ditampal kat borang TNB.


3. Bayar bil elektrik kat TNB Anjung, Presint 1 Putrajaya
Anjung Presint 1 Putrajaya  terletak di tepi Bulatan Putrajaya antara Kompleks E dan Kompleks D. TNB Anjung ni terletak di Aras 3, untuk memudahkan terus naik lif ke aras 3. Kalau naik escalator, kena terpusing pusing cari. Keluar dari lif, jalan sket, TNB di sebelah kanan. Kena isi borang dulu, baru ambil nombor giliran. Masa meunggu di tempat ni lama sangat..masa saya gi semalam 45 minit baru selesai segala urusan. Kalau boleh, cuba ambil nombor dulu, baru isi borang. isi borang tu sket je pun..2 page je..

Dokumen diperlukan: Salinan IC, Salinan  Surat Tawaran, Setem Hasil RM10.00.

Dah settle boleh gi je Kompleks JPM. Kat Pos Pengawal sila minta Pass untuk ke BPH, Bangunan B3.

4. Bayar Deposit Kuarters di Kaunter BPH
Sila ambil PERHATIAN, Kaunter BPH terletak di Bangunan B1.

Dokumen Diperlukan: Tunjukkan Surat Tawaran Asal.

Sediakan bayaran sebanyak RM300. Lepas dah buat bayaran resit akan diberi. PERINGATAN: Sila Fotostat sendiri RESIT sebanyak 1 salinan untuk dibawa ke BPH Unit Kuarters.

Bagi yang terlupa nak beli Setem HASIL, boleh jugak beli kat Pejabat Pos di Bangunan B1 Kompleks JPM.

Dah settle semua, boleh la terus ke Bangunan B3.

5.  Urusan Pengambilan Kunci
Unit Kuarters di Aras 4. Submit segala dokumen yang diperlukan kat Kaunter;
  • Salinan IC
  • Salinan Sijil Nikah (Kalau dah kawen)
  • Resit SYABAS
  • Resit TNB
  • Setem Hasil RM10.00
  • Resit Pembayaran Deposit Kuarters dan 1 Salinan
  • Borang-Borang yang dilengkapkan.
Kalau semua dokumen lengkap, lepas semakan pihak BPH akan bagi kunci terus. Alhamdulillah semalam segala urusan berjalan lancar dan saya dah dapat kunci. Thanks to Pn MungeeLily yang temankan saya selesaikan segala urusan. Walau penat dan lapar sebab lama menunggu di Anjung, tapi lily tetap cool..ehheee..

Malam tadi, saya sempat ke unit kuarters..tengok rumah, bergelap (elektrik belom sambung lagi, akan diproses dalam 2 hari bekerja.), cuma guna lampu kat hendset.. So hasil lawatan semalam saya siapkan lakaran pelan bagi Kuarters 5R6, Presint 5. Lebih kurang macam ni la.. Ukuran dan bentuk mungkin tidak tepat. Ingat ingat lupa je..(Klik untuk paparan lebih jelas)
Nota: Untuk memudahkan proses, selepas ambil surat tawaran kuarters di Blok B3, boleh terus buat pembayaran deposit di Kaunter Pembayaran BPH di Blok B1. Lepas tu boleh gi fotostat resit pembayaran deposit kat mana-mana...uruskan bil air dan elektrik..baru kembali ke BPH dengan dokumen lengkap..

Aktiviti Hari Minggu

Pagi Sabtu yang nyaman selalu dicemari dengan suara-suara sumbang minah-minah sengau+sengal menyanyikan lagu-lagu dangdut..rosak mood nak tidur pagi-pagi.. Terpaksa la bangun dan kemas bilik sket-sket..Pastu bersiap untuk pergi breakfast.. Kami breakfast kat Kedai Nasi Kerabu/Nasi Dagang Pintu 1 Putrajaya tu.. Tengah beratur nak order nasi kerabu, tiba-tiba ada pulak sorang pompuan spoil mood dan membantutkan selera makan..sesuka hati je potong queue dan terus order..Nak je sound, tapi tak elok la pulak sound-sound orang pagi-pagi. Terus hilang selera nak makan.. Saya minum air je..

Lepas makan kami gi ke Presint 16. Merehatkan minda di tempat yang sejuk sket. Temankan si dia gi swimming..Saya duk tepi kawasan kolam je sambil bermekap (tampal bedak ngan lipgloss je pun. Masa nak keluar dari rumah tak sempat berbedak.) dan bersantai-santai bace buku Sutera Bidadari karya Ramlee Awang Murshid..

Lepas dah bosan baca buku ni, saya mula la duk snap-snap gambar.. Ni antara view Kolam Renang Awam di Kompleks Kejiranan Presint 16. Si dia suka sangat swimming kat sini. Kalau saya, saya prefer lagi Kolam Renang kat Pusat Maritim Presint 5 Putrajaya dan Kolam Renang Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil.

Nampak tak? ada air terjun lagi..

Kolam untuk remaja dan dewasa. Tak dalam sangat pun.

 Hujung Kanan kolam untuk kanak-kanak.

Comel kan lukisan ikan kat dinding pagar kolam ni?

Lepas bersantai kat Presint 16, kami bercadang untuk bayar deposit SYABAS.. Alang-alang dah kat Putrajaya baik terus ke Salak Tinggi. Untuk pengetahuan SYABAS Cawangan Sepang yang terletak di Salak Tinggi dibuka pada hari SABTU, dibuka dari pagi hingga jam 12.30 tengah hari sahaja. Bila sampai sana, isi-isi borang, fotostat surat tawaran kuarters, bagi duit, settle bayaran deposit SYABAS untuk kuarters..Yess..Settle satu perkara..Lepas tu kami ke pejabat Pos Salak Tinggi, beli setem hasil (1 keping). Staff pejabat pos tu dua tiga kali duk tanya betul ke nak satu keping je? Saya check balik dokumen dan cakap nak satu je..Dia masih tanya lagi, dan saya cakap dah check dokumen tu perlukan satu je..Yakin je jawab..padahal TNB pun nak setem hasil gak la weii..tu la, tak baca betul-betul semua borang-borang yang diberi..Kami sempat gak mengepos kad-kad kawen kat kawan-kawan yang lambat bagi alamat..

Tak lama lepastu Ejen Proton Encik Dali call cakap dah boleh ambil kereta..Hati gembira tak terkata, si dia terus nak gi ke Shah Alam.. Sampai sana kebetulan kereta-kereta dari Hari Belia baru sampai..saya teruja tengok 2 buah kereta..cantik dan menarik sangat..






Berpinar-pinar mata tengok dua kereta ni..

Lepas dah settle semua, kami pun beredar dari Proton Centre of Excellent dengan senyum lebar..

Tadaa.....
 Plat HASLI DISA 5611..
..

..

..

..

..

Takdela..tipu je..mane boleh plat camtu..siap ade 2 nama.. 
XXX 5JUN2011 laa..hehe..bak kata ila, kereta boleh letak aats dulang nanti..

Friday, May 27, 2011

ULTIMATE HOT SPOT MATHEMATICS UPSR

Kuarters Part 2

Gambar-gambar yang diambil semasa lawatan kali ke-2 di Presint 5, Kuarters 5R6. Alhamdulillah semalam takde kajadian pelik berlaku. Maklumlah buku yasin siap-siap bukak kat seat, dan mulut berbuih-buih baca doa.

Okey..tengok je la gambar ni..(thanks to Tuan Rumah cekgu dari Terengganu n Wahid yang cukup sporting bagi saye snap banyak-banyak gambar..)

 Awan putih..feeling duk kat bangunan pencakar langit..padahal dorang tengah fogging kat bawah.

Cepat-cepat bukak pintu sebelum kelemasan...

Asap dah sampai ke atas

Masih dengan cubaan untuk membuka gril..

Cikgu ni dapat corner unit..best.view saujana mata memandang..sungguh jeles..Yang depan skali tu adalah lobi lif..menarik.. kalau duk tingkat 14 dah bleh feel duk bangunan pencakar langit..siap ade awan-awan gitu..

Dah lemas weii..

Uhukk-uhukk...akhirnya berjaya bukak pintu..

Asap emmenuhi segenap koridor

Jejak kaki kat pintu

Sebelah kanan ada dapur..agak sempit sket, tapi boleh la..siap dengan kabinet dapur n sinki biasa.


Oh ye puan-puan, dapur unit ni mengadap dapur rumah lain..nanti bleh masak-masak sambil tukar-tukar resipi dengan jiran sebelah..

Ni 3rd room, bersebelahan dengan dapur. Siap dengan lampu dan kipas.


Ambik gambar wahid berlatarbelakangkan living room..ade dinding hijau disitu..

Ni pulak main bedroom..agak sempit, tapi bilik air boleh tahan luas..


Tingkap di penjuru bilik, dengan view Dengkil & Taman Cabaran.

Almari dalam main bedroom

View dari main bedroom

Ni view dari tingkap besar kat hall..rumah ni takde beranda..minus 1 point disitu..



Ni pulak ruang jemuran..


Bilik air..gambar lupa nak terbalikkan


view dari living room 

pandang ke atas

tingkap boleh bukak..


 Stor..kecik je..
Ni hasil lakaran kedudukan bilik-bilik dalam rumah..caca marba betul..
Tamat..
* masih berfikir, berbaloi ke duk kat tingkat 14..

Kuarters Part 1

14 Mei 2011, tengah bersiar-siar kat KLIA, tetiba ada call masuk. Call tu dari Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) maklumkan saya berjaya dapat tawaran. Unit yang ditawarkan kat aras 14.. Kenapa lah dapat aras 14..boleh ketar lutut kalau tengok view dari atas..

Petang selasa staff BPH call cakap dah boleh ambil surat tawaran. Nak terus ambil macm malas pulak nak ke putrajaya..Hari khamis selepas perhimpunan bulanan MAMPU, saya n veron terus ke BPH untuk ambil surat tawaran. Banyak betul borang perlu diisi. Pembayaran pun kena buat kat 3 tempat..Dah settle semua pembayaran baru boleh dapatkan kunci rumah.

Petang tu saya saje-saje ke kuarters tu, nak tengok-tengok dulu.. mase sampai sane hasli masih belom sampai. saya park kereta kat blok 1 dan keluar sembang-sembang ngan sorang pakcik hantar barang..pastu duk kira-kira bangunan tu ada 15 tingkat..means saya akan duk kat tingkat ke-2 dari atas..
dalam 2 minit lepas tu,hasli pun smpai. pastu kami gerak ke arah blok kuarters kereta masing-masing. Pusing kat parking basement, pastu keluar balik dan park kat luar bangunan. Basement mase tu gelap sangat. Takut pulak nak perking. Bila dah park saya terus ambil barang-barang dan lock kereta, tiba2 alarm bunyi2, bile off alarm ter on balik.Banyak kali alarm dioff dan unlock kereta,tapi dia terlock sendiri dan alarm bunyi lg. Bunyi alarm pulak pelik, dia bunyi jap, pastu stop, pastu bunyi lagi..then buny panjang..last2 kami cabut kabel betry. Bru lah senyap kereta tu, tapi kereta tetap terlock sendiri. Masa tu hasli kate x rase pelik ke alarm kereta jadi macam tu?Mase tu baru terasa seram, tp sy buat biase je. Pastu kami naik ke tingkat 14, tengok rumah dari luar je, kunci tak dpt pun lagi. Bila turun semula lepas tengok-tengok rumah, kami sambung balik kabel betry, keter ok pulak. alarm dah takde bunyi-bunyi. Lepastu beranikan diri drive terus gerak gi surau kat presint 16 untuk sembahyang maghrib, pun ok je alarm. Balik masa gi makan kat seri kembangan pun alarm ok.smpai skrg.

Korang rasa tu betry problem ke, atau ada unsur2 mistik?ada kemungkinan tak?sebab mase minggu tu emosi tak berapa stabil n asik tensyen.mgkn spiritual tgh lemah.. Atau tu cuma kebetulan je?

Betry kereta baru sebulan lps tukar..mcm bukan sbb betry..mase blaku tu mmg tak pikir ape2..just pk ade cable short ke...fius problem ke..tp lps2 tu baru terfikir..lps tu baru rase takut2..tp mujur takde ape2 dah..lps mghrib bace2 doa sket , bukak seme pintu keter, hembus2..dan alhamdulillah semuanya okey lepas tu. Semalam pun pergi lagi jenguk rumah tu... Next: Gambar rumah di next entry

Wednesday, May 25, 2011

Cuti lagi...yeaayyy...

Disaat ku ketandusan cuti ini, jeritan lily di pagi hari amat menggembirakan..Sekarang ni nak cuti kawen pun kena catu..Semalam bukan main tekun mencatu cuti..siap dah kira cuti sampai ke akhir tahun. Almaklumla cuti cukup-cukup je untuk tahun ni..Cuti kahwen, cuti bertandang, cuti raye puasa, cuti raye haji, cuti honeymoon (hahaa..konon..) tetiba belum masuk bulan puasa dah ade pengumuman pasal cuti raye+cuti hari merdeka yang bertindih..so, maknenye cuti ada cuti ganti..yess...ikuti berita di bawah..Sumber: Utusan Melayu Malaysia.

 

Cuti tambahan Hari Raya Puasa dan Hari Kebangsaan

24/05/2011 12:28pm


KUALA LUMPUR 24 Mei - Kerajaan memutuskan supaya satu hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Puasa dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos depan.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, satu hari kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun akan tertakluk kepada pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak.
Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos 2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh pada Khamis, 1 September 2011 maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan. - Bernama

Dalam erti kata lain, saya permudahkan dengan rajah dibawah:
Lagi senang nak faham kan?hehee...