Earth Hour 2011: It's time to go beyond the hour

Tuesday, May 24, 2011

Jemputan melalui eFBee..

Zaman serba moden..mane ade orang nak berhubung tulis-tulis surat, hantar poskad, hantar telegram lagi dah.. Zaman ICT, pakai emel, pakai media sosial, fb, twitter, banyak lagi medium yang boleh digunakan.. Dengan satu klik, dah boleh jemput semua kawan dan kenalan.



Tapi biasalah, masyarakat melayu, kahwin dan kad kahwin tak boleh dipisahkan..Kalau nak kahwin kena jemput dengan kad kahwin. Kalau si bakal pengantin ni invite melalui FB, dan mohon supaya bagi alamat (yang dijemput) untuk urusan pengeposan kad, boleh pulak buat-buat sombong, invitation langsung tak balas..pastu merungut-rungut cakap bakal pengantin tu tak ikhlas menjemput, tak bersungguh menjemput, tak melayu...sebabpe tak melayu? sebab pencipta FB itu omputeh kah?

Perhatian kepada insan2 dijemput ini...invitation by FB dah dibuat, alamat dah diminta.. tapi jika u buat donno je dengan invitation tu..mengharapkan si bakal pengantin ni mencari sendiri alamat anda, google alamat anda (tu pun kalau anda memang paparkan alamat penuh anda kat internet laa), off course la tak sempat..Orang tengah pening dan busy dengan pelbagai persiapan..pening fikir pasal duit lagi, pasal nak beli barang-barang lagi, pasal segala urusan pejabat agama, urusan nak pindah rumah dan segala hal remeh temeh..

Kenapa tak hantar mesej(SMS)?  SMS kan murah je..takkan kedekut kot... Cik Kak/Abg sekalian, ketahuilah bahawa suatu masa dulu saya mungkin agak rapat dengan kamu yang membuatkan no phone kamu ada disimpan didalam henfon saya.. And what if no telefon anda pernah ada dalam simpanan, tapi henfon pulak menemui ajal dan can't recover..semua nombor hilang..Satu-satunya jalan penghubung adalah melalui FB. 


Mungkin jugak saye tak kenal rapat dengan kamu, tapi sekadar kenalan, bertahun bekerja di bawah satu bumbung, mungkin no telefon kamu tiada dalam simpanan.Mungkin juga saya hanya ada nombor lama kamu yang bila didail akan dijawab oleh secretary manis "Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan" sekali lagi diulang, Satu-satunya jalan penghubung adalah melalui FB. So that's why la jemputan dihantar melalui FB. Bersyukur tak, walau kita tak rapat, tapi saya masih mahu jemput kamu..?

Lagi satu, kalau dah bagi invitation melalui facebook,tapi xde respon.. bagi yang telus menjawab "Yes, I'm attending/Maybe Attending/Not Attending"  mudah la nak tau dia berminat ke tak.. tapi bagi yang tak menjawab, buat donno je..off course la kite assume dia tak berminat kan..kalau dah tak berminat takkan la pulak kite nak paksa-paksa dorang bagi alamat..kalau dah yang nak menjemput ni contact melalui ym, fb, mesej, call, misti lah tak sampai hati nak cakap "Saya tak dapat la datang majlis ni..lagipun kite bukan kenal rapat pon.." Pastu terpaksa bagi alamat walau dah sah-sah taknak datang..Bila kad sampai, kad tu terbiar..kan dah membazir..


Jadi, kalau dah dapat invitation melalui FB, dan anda nak datang atau anda memang suke mengumpul kad-kad kawen walaupun taknak datang, silalah reply cakap "saya nak kad wangi..ni alamat saye...[alamat terkini saya] poskan secepat mungkin dengan setem 80sen yerrr...." Barulah menyenangkan urusan pemprosesan (skema) dan pengeposan. Kalau takde alamat macam mana orang nak pos kad..Kalau taknak datang pulak cakapla "Sorry, saye tak dapat datang la...ade hal lain hari tu..lagipun tak cukup bajet la nak gi terengganu..jauh sangat..kos mahal.." Senang dan takde sape berkecik hati..

Bagi kawan-kawan/kenalan yang bijak IT sket "diSa, tak yah pos kad..membazir je..u tag kat FB je dah cukup"..salute for makcik saye (su mar)  yang duk kat kedah nun suh tag dia kat FB je..[su mar, i bangga ur frens ingat i adik u..u bangga tak? hehee..], salute kat kawan-kawan yang bijak IT macam ni.

Tadi sembang-sembang ngan sorang akak kat opis ni.. Dia cakap anak-anak dia nanti dia nak emelkan je kad...bagus betul. Jimat belanja. Jimat kertas. Save the paper, save the environtment, save the world..

No comments:

Post a Comment