Earth Hour 2011: It's time to go beyond the hour

Tuesday, May 31, 2011

Kuarters Part 3: Proses Pengambilan Kunci & Lakaran Pelan

Untuk memudahkan urusan kemasukan kuarters, saya listkan apa yang perlu dibuat..

1. Bayar bil air kat SYABAS Sepang (Bandar Baru Salak Tinggi) 


Dokumen diperlukan: Salinan IC, Salinan  Surat Tawaran.

Sepang Office
No 29, Jalan 6 Kosmopleks
Salak Tinggi
43900 Sepang
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-8706 1154 /03-8777 4000
Fax : 03-8706 1187

2.  Beli Setem HASIL
Dekat Bandar Baru Salak Tinggi tu ada Pejabat Pos. Boleh beli 2 keping Setem Hasil bernilai RM10.00, Semua RM20.00. 1 keping untuk ditampal kat Borang Perjanjian Kuarters (Cover Biru), dan satu lagi untuk ditampal kat borang TNB.


3. Bayar bil elektrik kat TNB Anjung, Presint 1 Putrajaya
Anjung Presint 1 Putrajaya  terletak di tepi Bulatan Putrajaya antara Kompleks E dan Kompleks D. TNB Anjung ni terletak di Aras 3, untuk memudahkan terus naik lif ke aras 3. Kalau naik escalator, kena terpusing pusing cari. Keluar dari lif, jalan sket, TNB di sebelah kanan. Kena isi borang dulu, baru ambil nombor giliran. Masa meunggu di tempat ni lama sangat..masa saya gi semalam 45 minit baru selesai segala urusan. Kalau boleh, cuba ambil nombor dulu, baru isi borang. isi borang tu sket je pun..2 page je..

Dokumen diperlukan: Salinan IC, Salinan  Surat Tawaran, Setem Hasil RM10.00.

Dah settle boleh gi je Kompleks JPM. Kat Pos Pengawal sila minta Pass untuk ke BPH, Bangunan B3.

4. Bayar Deposit Kuarters di Kaunter BPH
Sila ambil PERHATIAN, Kaunter BPH terletak di Bangunan B1.

Dokumen Diperlukan: Tunjukkan Surat Tawaran Asal.

Sediakan bayaran sebanyak RM300. Lepas dah buat bayaran resit akan diberi. PERINGATAN: Sila Fotostat sendiri RESIT sebanyak 1 salinan untuk dibawa ke BPH Unit Kuarters.

Bagi yang terlupa nak beli Setem HASIL, boleh jugak beli kat Pejabat Pos di Bangunan B1 Kompleks JPM.

Dah settle semua, boleh la terus ke Bangunan B3.

5.  Urusan Pengambilan Kunci
Unit Kuarters di Aras 4. Submit segala dokumen yang diperlukan kat Kaunter;
  • Salinan IC
  • Salinan Sijil Nikah (Kalau dah kawen)
  • Resit SYABAS
  • Resit TNB
  • Setem Hasil RM10.00
  • Resit Pembayaran Deposit Kuarters dan 1 Salinan
  • Borang-Borang yang dilengkapkan.
Kalau semua dokumen lengkap, lepas semakan pihak BPH akan bagi kunci terus. Alhamdulillah semalam segala urusan berjalan lancar dan saya dah dapat kunci. Thanks to Pn MungeeLily yang temankan saya selesaikan segala urusan. Walau penat dan lapar sebab lama menunggu di Anjung, tapi lily tetap cool..ehheee..

Malam tadi, saya sempat ke unit kuarters..tengok rumah, bergelap (elektrik belom sambung lagi, akan diproses dalam 2 hari bekerja.), cuma guna lampu kat hendset.. So hasil lawatan semalam saya siapkan lakaran pelan bagi Kuarters 5R6, Presint 5. Lebih kurang macam ni la.. Ukuran dan bentuk mungkin tidak tepat. Ingat ingat lupa je..(Klik untuk paparan lebih jelas)
Nota: Untuk memudahkan proses, selepas ambil surat tawaran kuarters di Blok B3, boleh terus buat pembayaran deposit di Kaunter Pembayaran BPH di Blok B1. Lepas tu boleh gi fotostat resit pembayaran deposit kat mana-mana...uruskan bil air dan elektrik..baru kembali ke BPH dengan dokumen lengkap..

10 comments:

  1. hikhkhik..suke2 statment cool 2...lapar nye pasal kita beli wafer jek.msk kete terus mamam.pas 2 br sedar air x de...klakar kan....

    ReplyDelete
  2. Salam, puan boleh tanya sket?

    Sy pon ditawarkan ke kuarters ini ttp masih ragu2 utk terima atau tidak.

    Boleh sy tau corner lot biasanya unit no. berapa? and boleh mintak tukar tak semasa amik kunci, cth tingkat rendah ke...

    TQ in advance.

    ReplyDelete
  3. wsalam..Pn Mainunah, Tq bertanya...saya jawab ape yang saya tau je ye..sorry dah lama baru perasan msg..

    Corner lot
    -(bg level 14 & 15) unit 1 4, 5 dan 8.
    -(bg level lain) unit 1, 4, 5, 8, 9, dan 12 kalau tak silap.

    Untuk pertukaran, BPH tak bagi melainkan ada sebab sebab kukuh..kalo sebab just nak tukar level lain susah nak dapat..

    ReplyDelete
  4. hi, nk tanya la..sy ditawarkan kuarters di sini juga..insyallah masuk selepas raya..tp ingat nk buat curtain siap2 tapi belum dpt kunci rumah lagi...bleh tau anggaran panjang dan lebar curtain di tingkap rumah ini, bleh sy prepare siap2 sebelum masuk rumah... my email is hazremi@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. Hi... Nak tanya la... Bila masuk kuarters ni, diaorg basuhkan rumah tak? Sy dpt kuarters tp mereka tidak basuhkan rumah la.... Kotor harap cat je baru...

    ReplyDelete
  6. Hi... Nak tanya la... Bila masuk kuarters ni, diaorg basuhkan rumah tak? Sy dpt kuarters tp mereka tidak basuhkan rumah la.... Kotor harap cat je baru...

    ReplyDelete
  7. Syukurla dah dapat kuarters tu..xkan ler cuci rumah pun kerajaan nak kena buat..semua nak free jer..

    ReplyDelete
  8. akak seorang guru dari Segamat, Johor. Baru ditukarkan ke Putrajaya, sedang menunggu keputusan permohonan untuk kuarters. Alhamdulillah entri ini (dan Kuarters 2, Kuarters 1) sangat2 informatif & amat membantu. Semuga saudari sekeluarga terus diberkati Allah & sentiasa di bawah lindungan NYA. Aamiin

    ReplyDelete
  9. BERAPA LAMA TUNGGU KEPUTUSAN TU PUAN? PERGI TNB TU DAN SYABAS TU MASING2 KENA BAYAR BERAPA? WALAUPUN PUN ENTRY NI DAH LAMA, SY HARAP PUAN REPLY. :)

    ReplyDelete