Earth Hour 2011: It's time to go beyond the hour

Monday, May 23, 2011

Merah atau Hitam?



Mane lagi cantik?Lagi menawan..Merah atau Hitam? Bagi saya Merah la..sebab merah menyerlah, menawan, nampak berani, tangkas..very dependable..

"Jika dulu, kereta adalah lambing kemegahan dan kemewahan kerana jarang ada orang yang mampu memilikinya tapi kini ia sudah mampu dimiliki oleh ramai orang termasuklah remaja sendiri. Cuma tentunya bagi kereta yang berjenama biasa saja! Kereta mewah tetap untuk golongan yang berada saja! Walau apapun, tak dapat dinafikan akan kepentingan kereta bagi kita. Selain daripada kemudahan, sudah pasti untuk bergaya! Sebab itulah ramai yang sanggup berhabisan untuk mekap kereta mereka! Bahkan dikatakan remaja lelaki menjadikan kereta sebagai aset untuk memikat si gadis jelita. Makin canggih kereta yang dimiliki, makin cun gadis yang bakal dipikat nanti! Pun begitu, sekarang ini bukan lelaki saja yang gilakan kereta bahkan ramai awek yang kaki kereta. Sanggup berhabisan demi memastikan kereta kesayangan mereka cantik dan bergaya. Cayalah!

Tiap orang juga punya citarasa tersendiri dalam memilih warna kereta sama ada yang terang atau cukup selesa dengan warna asal saja. Yang menariknya, warna kereta dapat menggambarkan peribadi si pemiliknya. Nak tahu? Jom baca artikel ni sampai habis! Mungkin lepas ni kamu boleh perhatikan warna kereta si dia tu pula dan bandingkan sendiri kaitan warna kereta dengan pemiliknya.

Warna Silver/Perak

Wow! Warna ini memang membuatkan kereta itu nampak mahal dan baru. Kalau nak diikutkan, sebenarnya warna silver atau perak merupakan warna asas kapal terbang, roket, kapal atau peluru. Seperti juga kenderaan tersebut, pemilik kereta warna perak ini seorang yang pantas bertindak dan membuat sebarang keputusan. Dia tak suka meremehkan kerja atau menangguhkan sesuatu pekerjaan. Baginya, jika boleh diselesaikan dan tak perlu bertangguh lagi. Mereka tak suka simpan masalah lama-lama. Sebaik saja masalah itu dapat dikenalpasti, mereka akan bertindak untuk menyelesaikannya dan tindakan itu banyak menyelamatkan keadaan daripada menjadi bertambah buruk. Tidak suatu perkara pun yang boleh menghalang mereka daripada melakukan apa yang mereka ingin lakukan dan ini ada juga keburukannya kerana mereka bertindak mengikut kata hati. Namun begitu, sikap mereka yang sensitif lebih membuatkan teman-teman pening kepala. Kadangkala tu, kita perlu bertolak-ansur kan? Usah terlalu buruk sangka sangat!

Warna Hitam

Ha.. ramai yang menyukai warna hitam kerana ia nampak eksklusif dan penuh misteri. Sama seperti pemilihan warna hitam bagi pakaian. Apa agaknya personality pemilik kenderaan berwarna hitam ini? Mereka dikatakan melambangkan kuasa, prestij dan kesenangan hidup. mereka ini sanggup melakukan apa saja demi kepentingan diri mereka serta keluarga. Selain itu, satu lagi kelebihan mereka ini, tak mudah berputus asa kerana mereka akan mencuba hingga mencapai apa yang dihajati selama ini. Tapi kawal sikit sikap panas baran membuatkan teman-teman sering makan hati! Bila dah marah, mulalah tak ingat dunia! Itu yang selalu menjadi punca pergaduhan bersama si dia/teman! Namun begitu, sikap mereka yang terlalu mementingkan persahabatan membuatkan mereka disenangi ramai!

Warna Merah

Aduh! Merahnya Mak Ngah! Tampak gagah sekali ketika menjalar di atas jalan raya. Mereka yang memilih warna merah untuk kenderaan mereka dikatakan dikuasai oleh emosi dari segi perasaan mereka. Kadangkala mereka lebih gemar bertindak menurut kata hati dan naluri saja. Biarpun begitu, oleh kerana mereka ini sangat percayakan naluri sendiri, kebanyakan keputusan yang diambil itu tepat seperti yang diduga. Selain itu, mereka juga punya kelebihan untuk meneka dan membaca perasaan orang lain walaupun tidak dinyatakan secara terang-terangan. Sebab itu juga mereka ini sering menjadi tempat teman mengadu hal kerana mereka lebih memahami biarpun kadangkala angin satu badan melanda!

Warna Hijau

Warna hijau juga sering dikaitkan dengan duit. Biarpun begitu mereka juga dikatakan seorang yang pemurah dan tak lokek dalam soal duit serta baik hati. Jadi, tak hairanlah pemilik kenderaan hijau ini sanggup berkorban masa dan wang ringgit mereka demi menolong mereka yang memerlukan bantuan mereka. Sebenarnya mereka ini suka jika dapat menolong orang lain agar hidup gembira. Prinsip mereka, lebih mulia jika menolong orang lain tanpa mengharapkan balasan. Itu semua antara factor membuatkan mereka popular di kalangan teman-teman. Cuma kadangkala sikap mereka ini sukar untuk dibaca dan lebih senang berahsia soal peribadi dirinya

Warna Biru

Warna ini juga dikaitkan dengan sikap romantis tapi selain itu, ia turut melambangkan sikap optimistik dan yakin boleh. Kelebihan mereka, dalam kesesakan lalu lintas dan traffic jam, mereka tetap maintain cool dan susah nak naik darah seperti kebanyakan pemandu lain. Ah! Biasalah kan kalau marah-marah pun, keadaan itu takkan berubah juga! Mereka ini juga gemar membuatkan orang lain rasa gembira ketika bersama mereka. Selain itu, mereka juga suka buat lawak! Tak kering gusu dibuatnya!"

Sumber: Internet.

No comments:

Post a Comment