Earth Hour 2011: It's time to go beyond the hour

Wednesday, August 3, 2011

Duit Syiling Baru Mencerminkan Keunikan Malaysia

Teringat zaman dulu-dulu kalau ada duit baru tak kira la kertas ke, syiling ke..misti nak simpan, lipat elok-elok konon jadi antara orang paling awal dapat duit tu berbanding kawan-kawan..kalau duit syiling pulak siap masuk kat album..dari situ muncul la hobi menyimpan duit syiling lama dan dari negara lain..semua simpan kat album..tapi sayang dulu takde kamera, kalau tak mesti dah ambil gambar. syiling-syiling tu sekarang ni dah hilang ntah kemana...tak tau la kalau-kalau adik-adik kecik tolong simpan dalam tabung dorang..haha...

okeh...sekarang ni nak review sket pasal duit syiling baru Malaysia yang bertemakan "Keunikan Malaysia" bercirikan motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Untuk tak membuatkan lari maksud, saya kopipes dari laman web Bank Negara Malaysia.

Ciri-Ciri Am


Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara. 

Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.

1. Duit Syiling 50 sen - Motif Sulur Kacang

Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.

Ciri Keselamatan:
Image pendam duit syiling 50 sen akan kelihatan apabila duit syiling tersebut disendeng pada sudut yang berlainan.


2. Duit Syiling 20 sen - Motif Bunga Melur


 Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.

3. Duit Syiling 10 sen - Motif Orang Asli



 Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.

4. Duit Syiling 5 sen - Motif Destar Siga


Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.

-------------------------------------------------------------


 Setakat ni belum jumpa lagi syiling baru ni..so belum berkesempatan nak belek betul-betul..tapi saya amat tertarik dengan syiling 50sen tu...cantik kann?:-)

No comments:

Post a Comment